~ ~~Assalammualikum wrt, Terima Kasih Kerana Sudi Mampir~~~ ~

Jumaat, 6 November 2009

KENYATAAN MEDIA DPPP TERHADAP TINDAKAN JAIS

KENYATAAN MEDIA

02 NOVEMBER 2009

DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

PARTI ISLAM Se MALAYSIA (PAS)

PEMUDA PAS KESAL TINDAKAN JAIS

Dewan Pemuda PAS Pusat sangat kesal dengan tindakan JAIS yang menggunakan kuasa sewenang - wenangnya untuk menangkap penceramah agama dan alim ulama' semata - mata kerana mereka tidak memiliki tauliah sewaktu menyampaikan kuliah agama di negeri Selangor, sedang JAIS boleh menumpukan operasi membenteras aktiviti maksiat dan mungkar yang masih berleluasa di negeri Selangor.

Tambah malang apabila mereka turut mensasarkan penceramah agama yang sememangnya memiliki ijazah dalam bidang agama, pula diiktiraf kesarjanaan mereka oleh universiti yang menganugerahkan sijil pengiktirafan ilmu seperti BA , MA dan Phd .

Terbaru Dr Mohd Asri menjadi mangsa tangkapan JAIS atas alasan beliau tidak memiliki tauliah . Dr. Mohd Asri adalah merupakan bekas Mufti dan kini beliau mengendalikan sebuah rancangan agama di Astro. Selain university, masyarakat juga mengiktiraf ilmu yang dimiliki oleh beliau . Tindakan JAIS merupaka satu lagi episod malang bagi perkembangan agama di negara ini .

Sebelum ini beliau selalu dikaitkan dengan wahabi biarpun beribu kali beliau menafikan bahawa beliau bukan penganut faham wahabi . Saya faham terkadang kenyataan dan pendekatan Dr. Mohd Asri sering mencetus kontraversi dalam negara kita . Tetapi saya lihat kontraversi itu masih dalam lingkaran perbahasan agama yang boleh ditangani secara ilmiah . Malah saya sendiri mempunyai banyak perbezaan pendekatan dengan beliau dalam isu - isu tertentu sebelum ini , namun itu tidak bermakna peranan beliau dalam memberi ilmu kepada masyarakat tidak disokong .

Jika terdapat ajaran salah atau sesat yang dibawa oleh Dr Mohd Asri , pihak JAIS wajar bertindak . Tetapi jika hanya kerana tidak memiliki tauliah atau sekadar tuduhan beliau menyebarkan fahaman wahabi sedang beliau bukanlah seorang wahabi bahkan pernah menafikannya berulang kali , maka saya kira JAIS telah bertindak keterlaluan dalam perkara ini .

Pihak JAIS boleh memanggil para penceramah agama ini untuk sessi temuduga bagi menganugerahkan tauliah jika itu merupakan satu prosuder yang mesti diambil , bukannya dengan menggunakan kuasa menghalang dan menangkap sedang penceramah - penceramah ini berbakti kepada agama dan masyarakat untuk membasmi kejahilan .

Penyampaian kuliah di masjid surau sering dikekang oleh penguatkuasa yang memantau tauliah bukannya kesahihan ilmu yang disampaikan. Sementara maksiat dan mungkar berleluasa di sekitar masjid dan surau tanpa pemantauan berkesan dari pihak berkuasa agama .

Kini Selangor berada dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat . Secara umumnya , keadaan di Selangor banyak berubah terutama kebebasan para penceramah agama untuk menyampaikan kuliah dan tazkirah bagi membasmi kejahilan ummah berbanding di zaman pemerintahan UMNO dulu .

Sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Selangor, rasanya inilah kes pertama tangkapan kerana isu tauliah yang mendapat liputan media .

Dewan Pemuda PAS Pusat turut melahirkan rasa kesal atas tindakan JAIS dengan menganggap isu seperti ini boleh diselesaikan secara lebih hikmah tanpa perlu membuat sebarang tangkapan yang boleh mencetus polemik dan rasa tidak puas hati rakyat terhadap JAIS .

Dewan Pemuda PAS Pusat juga bersedia untuk mengadakan dialog dengan pihak mufti negeri Selangor atau Pengarah JAIS bagi menangani isu seperti ini [ pentauliahan ] demi masa depan dakwah Islamiyyah di negeri Selangor . Insyaallah , DPPP akan membuat temujanji dengan Pengarah JAIS dalam masa terdekat untuk tujuan tersebut .

Haji Nasrudin Hassan At Tantawi

Ketua

Dewan Pemuda PAS Pusat

Isnin, 19 Oktober 2009

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA






Majlis jamuan hari Raya ini telah dianjurkan oleh AJK Masjid Nurul Iman bersama dengan
JKKK Kg. Bt. 10 Kebun Baru. Dianggarkan seramai 400 orang menghadiri majlis berkenaan. Turut tidak ketinggalan menghadirinya ialah Dato Penghulu Mukim Telok Panglima Garang, Tn. Hj. Mat Isa Harun, Ahli Majlis Daerah Kuala Langat Ust Ridhuan Rahmat, Ketua Kg. Bt. 10 & Bt. 9 Kebun Baru Tn. Hj. Subbahi Mujer.

Jumaat, 9 Oktober 2009

PERTANDINGAN LAYANG DIPADANG TAMAN PAHLAWAN





JAMUAN HARI RAYA EIDULFITRI

SEMUA KAUM MUSLIMIN, MUSLIMAT, PENDUDUK KAMPUNG DAN TAMAN PERUMAHAN DIJEMPUT HADIR KE MAJLIS JAMUAN HARI PERINGKAT KG. BT. 10 KEBUN BARU.

TARIKH: 17hb OCTOBER 2009, SABTU
MASA: SELEPAS SOLAT MAHGRIB
TEMPAT: PERKARANGAN MASJID NURUL IMAN KG BT. 10 KEBUN BARU
ATUCARA: SOLAT FARTHU BERJEMAAH, CERAMAH AGAMA, PERSEMBAHAN NASHID & JAMUAN HARI RAYA

ANJURAN BERSAMA AJK MASJID NURUL IMAN & JKKK KG. BT. 10 KEBUN BARU

Selasa, 8 September 2009

SUMBANGAN RAMADHAN DRP YB Dr. AHMAD YUNUS






Sumbangan telah diberikan kepada penduduk Kg Bt 10 Kebun Baru yang terdiri dari Warga Tua, Ibu Tinggal dan Ibu Tunggal pada 6hb Sept. 2009

SELAMAT BERJAYA MENEMPUHI PEPERIKSAAN UPSR

Salam.

Pagi ini, Selasa 18 Ramadhan 1430, bersamaan dengan 08 Sept 2009, pelajar darjah 6 akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Semoga keberkatan dan kekuatan Ramadhan memberikan mereka kecekalan menghadapi peperiksaan tersebut. Kita para ibubapa dan sahabat handai, marilah kita berdoa untuk kejayaan mereka:
"Allahhumma ya ALLAH, segala puji bagiMu, dan salawat serta salam ke atas Rasulullah saw.
Ya ALLAH, bukakanlah pintu hati anak-anak kami yang akan menduduki peperiksaan UPSR ini, terangkanlah hati mereka, tenangkanlah perasaan mereka, berikanlah mereka kesihatan yang baik, permudahkanlah mereka dalam menjawab soalan peperiksaan dengan baik dan betul, berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang, dan berikanlah mereka keberkatan. Amin ya robbal 'aalamin".

Wassalam.

Biro Pendidikan
JKKK Kg Bt 10 Kebun Baru
Selasa
18 Ramadhan 1430
08 Sept 2009

Selasa, 21 Julai 2009

Al-Maidah ayat 54-56

Firman ALLAH didalam surah Al Maidah ayat 54-56;
"Dan apabila kamu melihat terdapat dikalangan kamu yang berpaling daripada Islam, akan aku munculkan satu kumpulan yang mereka ini mempunyai 6 ciri:

1. mereka cinta pada Aku;
2. Aku cinta kepada mereka;
3. mereka lembut terhadap sesama Islam;
4. mereka tegas terhadap golongan kafir;
5. mereka berjihad kejalan Aku;
6. dan mereka tidak takut celaan orang yang mencela".

"Mereka itulah hizbullah - tentera-tentera aku, dan mereka pasti akan beroleh kemenangan".

SEMINAR JAYAWARIS KG BT 10 KEBUN BARU






SEMINAR INI TELAH DIANJURKAN OLEH TABUNG ANAK YATIM
DIBAWAH BIRO KEBAJIKAN MASJID NURUL IMAN KG BT 10 KEBUN BARU

Sabtu, 18 Julai 2009

KERAJAAN SELANGOR KAJI SEMULA LESEN JUDI & RUMAH URUT

Sunday, 05 July 2009 | Ruangan: Berita

BANTING, 5 Julai - Selain memantau, Kerajaan Selangor juga bercadang menghadkan kelulusan permit pusat-pusat urut dan judi di sekitar negeri ini, kata Menteri Besar, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim.

Menurutnya, pemberian lesen pusat seumpama itu mungkin dipantau dengan ketat dan kerajaan tidak menggalakkan pemberian lesen baharu di tempat yang sudah mempunyai pusat berkenaan.

Bercakap di Jugra, Banting hari ini, beliau mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) memantau perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya dalam pemberian lesen baharu.

“Kita telah meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menjalankan pemantauan dan salah satu daripada usaha yang dilakukan dan tidak menggalakan menggalakkan lesen baru diberikan kepada tempat yang sudah ada.

“Maknanya kita tidak menggalakkan lesen baru diberikan kepada tempat yang sudah ada. Namun begitu, jika ada tempat baru yang mahukan khidmat itu, itu terpulang kepada PBT untuk memantau dan membuat keputusan”, katanya.

Di samping itu, Tan Sri Khalid berkata, kajian juga mungkin dilakukan terhadap jumlah perkhidmatan sedia ada dalam sesebuah kawasan bagi memudahkan pengawasan serta tindakan.

“Mungkin akhir tahun ini, kita akan buat kajian dari segi jumlah yang patut diadakan perkhidmatan ini untuk sesebuah kawasan umpamanya seribu penduduk hanya memerlukan khidmat ini dalam satu atau dua sahaja”, katanya.

Pertambahan pusat-pusat seumpama ini didapati semakin banyak sejak kebelakangan ini, berikutan bertambahnya kawasan perumahan baharu dan mendapat sambutan pihak tertentu.

Menurutnya, perkhidmatan ini tidak dihentikan kerana ia dilihat sebagai keperluan kesihatan, tetapi perlu dipantau bagi memastikan lesen yang dikeluarkan tidak disalahguna.-TV SELANGOR

Selasa, 14 Julai 2009

PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI KAMPUNG BT 10 KEBUN BARU






SOALAN KEPADA YB ISKANDAR ABDUL SAMAD, EXCO PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN & SETINGGAN DI DALAM DEWAN UNDANGAN NEGERI

(a) Berapakah projek yang telah diambil alih oleh pemaju baru? Sila senaraikan.

- Jawatankuasa Task Force Projek Terbengkalai telah ditubuhkan pada Jun 2008 dengan 3 syarikat bekerjasama dengannya.
- Sejak itu 1 telah menarik diri dan 2 yang lain telah menawarkan diri.
- Dipengerusikan oleh YB Hulu Kelang. (YB Saari Sungib)
- Tugasnya mengkaji dan menilai projek-projek terbengkalai dan mengenal pasti projek-projek yang berpotensi untuk dipulihkan.
- Seterusnya mencari pihak-pihak yang berminat untuk menyelamatkannya.
- Sehingga 30 Jun 2009, sejumlah 42 projek terbengkalai telah diambil alih oleh pemaju/kontraktor yang baru.
- Selain dari itu dari bulan Jun 2008 hingga Disember 2008, sebanyak 8 projek telah di siapkan di mana di antaranya hasil dari pemantauan yang terperinci oleh Kerajaan Negeri.

- Sebagai rumusan,

Jumlah projek terbengkalai Jun 2008 – 141
Jumlah aduan baru dari Jun 2008 hingga Jun 2009 - 10
Jumlah yang dinilai oleh Task Force perlu diberi perhatian atau perlu dikaji – 29
Jumlah yang telah disiapkan dalam tahun 2008 - 8
Jumlah yang telah diambil alih oleh pemaju/kontraktor baru - 42
Jumlah yang masih dalam senarai - 130

-Antaranya yang ada di Kampung kita :


7. 32 projek perumahan terbengkalai di Daerah Klang (12 projek) dan Daerah Kuala Langat (20 projek).

· Pemaju asal: Rhid Development Sdn. Bhd.

· Pemaju / Kontraktor penyelamat:
~ Faza Impiana Sdn. Bhd.
~ Inventive Power Sdn. Bhd.

· Bilangan unit:
~ 964 unit - Rumah Berkembar & Banglo.

Isnin, 15 Jun 2009

Tip: 50 Rangsangan Anak Bijak

raffizmy@yahoo.com

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. .. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) . 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

1-BERTENTANG MATA

Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA

Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN

Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..

4-JELIRKAN LIDAH

Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5-HASILKAN BUKU BINATANG
Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6-GELETEKLAH BAYI ANDA

Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7-TUNJUKKAN PERBEZAAN

Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8-BERKONGSI PANDANGAN

Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA

Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin....") . Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11-SENTUH DAN RASA
Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12-PERGI MEMBELI-BELAH
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13-BERI KATA KUNCI

Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14-BERI KEJUTAN

Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15-SEDIAKAN BANYAK TISU

Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16-BACA BUKU
Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17-MAIN CAK-CAK

Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18-JANGAN LUPA REHAT
Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19-MAIN DENGAN WARNA

Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA
Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

21-ANGKATKAN SAHAJA
Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22-BIAR DIA MEMBEBEL

Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23-LATIHAN MENEKA

Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24-BINA LALUAN HALANGAN

Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi
bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25-IKUT RENTAKNYA

Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.
26-BUAT MUKA LAWAK

Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27-RASA SEKELILING ANDA

Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.

28-CERITAKAN KISAH DONGENG

Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

29-BAYANGAN WAJAH

Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.

30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS

Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.

31-GOYANGKAN BADAN

Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

32-JADILAH TAMAN PERMAINAN

Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33-KIRA SEMUANYA

Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA

Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")

35-TUTUP TV

Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.

36-TUKAR PEMANDANGAN

Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA

Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .
38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA

Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39-MAIN HUJAN

Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

40-MENANGKAP SERANGGA

Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

41-BERGURAU- SENDA

Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

42-MAIN DENGAN PAKAIAN

Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

43-AJAR TENTANG ISIPADU

Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

44-HASILKAN ALBUM KELUARGA

Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.
45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA

Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.
46-PERGI KE PERPUSTAKAAN

Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47-CONTOHI CARA SESAME STREET

Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

48-MAIN BERULANG-ULANG

Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.
49-MAIN "TIRU-MENIRU"
Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN

Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Jumaat, 12 Jun 2009

SIS Forum Sdn Bhd @ "Sister In Islam"

Saya merujuk kepada usul Dewan Muslimat PAS Kawasan Shah Alam (yang diketuai oleh Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid Samad) yang diluluskan didalam Muktamar Agong PAS ke 55 baru-baru ini yang mendesak supaya kumpulan yang dikenali dengan jenama Sisters in Islam dibatalkan dan ahli-ahlinya dihantar untuk pemulihan di mana-mana pusat pemulihan untuk dipulihkan..

Saya percaya usul ini dibuat berdasarkan keprihatinan serta kebimbangan PAS atas tindak-tanduk dan kenyataan-kenyataan kumpulan ini yang dianggap bercanggah dengan aqidah, syariat dan perundangan Islam.

Walaupun saya menghormati hak bersuara dan mengeluarkan pendapat, namun tindak-tanduk dan kenyataan kumpulan ini memang sangat mengelirukan dan boleh menjejaskan aqidah dan bercanggah dengan syariat dan perundangan Islam. Tindakan mereka menyokong dan bersekongkol dengan NGO bukan Islam menyokong permohonan murtad oleh Azilna Jailani @ Lina Joy, tindakan dan kenyataan mereka menyokong tindakan wanita Amerika Aminah Wadud mengimamkan solat Jumaat, kenyataan mereka mempertikaikan hukum faraid berkaitan wanita Islam memperolehi satu bahagian sedang lelaki mendapat dua bahagian, kenyataan mereka mempertikaikan hukum menutup aurat bagi wanita, kenyataan mereka mempertikaikan hukum mengharuskan lelaki Islam berkahwin tidak melebihi empat dan banyak lagi tindak-tanduk dan kenyataan-kenyataan yang boleh dianggap bercanggah dengan aqidah, syariat dan perundangan Islam.

Walaubagaimana pun saya percaya membatalkan atau mengharamkan kumpulan tersebut adalah bukan langkah yang berkesan.

Ini kerana tindakan mengharamkan kumpulan tersebut akan hanya melahirkan simpati berlebihan kepada kumpulan ini. Ianya juga akan dijadikan modal oleh golongan berfikiran sempit untuk memperlekehkan Islam.

Saya berpendapat tindakan yang lebih wajar adalah saperti berikut:

1. Melarang dan membatalkan penggunaan nama ISLAM pada kumpulan ini. Ini adalah kerana nama ISLAM yang digunapakai oleh mereka memberi gambaran dan persepsi seolah-olah mereka bercakap bagi pihak Islam atau mewakili suara Islam.
Sesiapa pun boleh bercakap mengenai Islam (tertakluk kepada batas-batasnya), tetapi tiada siapa berhak bercakap bagi pihak Islam (melainkan mereka yang berautoriti saperti para ulama', mufti dan lain-lain).
Tambahan pula kumpulan ini bukanlah sebuah badan NGO yang berdaftar dibawah Akta Pertubuhan. Sebaliknya ia adalah sebuah syarikat yang berdaftar dibawah Akta Syarikat dengan nama SiS Forum Sdn. Bhd. Kalau dilihat sebenarnya namanya langsung tiada kaitan dengan Islam tetapi mereka memukul canang keliling dunia mendabik dada mereka adalah Sisters in Islam.
Pada saya tindak-tanduk kumpulan ini adalah mengelirukan orang ramai termasuk bukan Islam kerana mereka menyalahgunakan label Islam walhal nama pendaftaran mereka pun tidak begitu. Malahan saya mencadangkan supaya kumpulan ini menukar nama mereka kepada Ikatan Wanita Kosmpolitan (atau singkatannya IWK) agar sesuai dengan imej mereka yang kebanyakkannya tidak bertudung dan ada yang belum berkahwin pun. Bagaimana mereka nak bercakap tentang hak wanita dan soal perkahwinan Islam sedang mereka sendiri tidak mematuhi dan melaksanakan syariat Islam yang terlalu asas!

Oleh itu saya mendesak agar Suruhanjaya Syarikat Malaysia melarang atau membatalkan penggunaan label Islam oleh kumpulan ini.

2. Pihak polis dan Jabatan Peguam Negara perlu mengkaji tindak-tanduk dan kenyataan kumpulan ini serta apa-apa lapuran polis yang telah dibuat terhadap mereka. Sekiranya ujud sebarang kes prima facie, tindakan pertuduhan jenayah terhadap mana-mana individu daripada kumpulan ini perlu diambil termasuk menurut Seksyen 299A Kanun Kesiksaan.

3. Pihak berkuasa Islam saperti bahagian penguatkuasa Jabatan Agama Islam perlu mengkaji untuk mengambil tindakan pertuduhan jenayah keatas kumpulan ini dan mana-mana individu dikalangan mereka yang didapati melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa kenyataan yang menjadi kesalahan mengikut mana-mana peruntukan dibawah Enakmen Jenayah Syariah.

4. Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengadakan muzakarah membincangkan tindak-tanduk dan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh kumpulan ini atau mana-mana individu dikalangan mereka. Sekiranya ternyata perbuatan atau kenyataan mereka didapati sesat atau bercanggah dengan aqidah, syariat atau perundangan Islam, maka mereka hendaklah dipanggil memberi penjelasan. Sekiranya mereka gagal dan atau ingkar setelah diberi peluang, maka Majlis Fatwa hendaklah mengkaji untuk mengisytiharkan kesesatan mereka sebagaimana yang telah dilakukan terhadap kumpulan Al Arqam, Kumpulan Ayah Pin dan lain-lain.

5. Saya juga mendesak supaya kumpulan ini menghentikan kegiatan mereka memperkudakan anak-anak perempuan pimpinan UMNO dalam usaha mereka mengetengahkan kehebatan kumpulan mereka. Saya khuatir penggunaan anak-anak perempuan pimpinan UMNO ini akan melemahkan semangat pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan ini. Saya juga menasihatkan anak-anak pimpinan UMNO ini supaya memahami kedudukan dan nama ayah mereka akan terbabit dan terpalit dengan kegiatan kumpulan ini.

5. Bagi PAS pula, saya percaya langkah terbaik yang boleh dibuat oleh PAS ialah dengan mengadakan pertemuan bersemuka dengan kumpulan ini. Dengan begitu ramai para ulama', 'ilmuan, da'i, ustadz dan lain-lain didalam PAS, saya percaya tidak mejadi masalah untuk PAS mengadakan dialog atau muzakarah dengan kumpulan ini. Ini adalah suatu jihad yang besar, malahan ianya akan menjadi suatu modal politik yang besar kepada PAS jika berjaya menjinakkan kumpulan ini dan membawa mereka kembali kepangkal jalan.

Sekian.

Wassalam dan jazakallah.

Rabu, 3 Jun 2009

Berpelajaran Tidak Berpendidikan

“Ramai yang beranggapan bahawa kalau belajar Sains dan Matematik, boleh jadi kaya. Boleh buat duit. Orang sudah tidak pentingkan bidang Sejarah, bidang Geografi. Geografi sudah hampir tiada di sekolah sebab ia tidak mendatangkan keuntungan”, rungut Prof. Khoo Kay Kim dalam Buletin Utama malam tadi.

Saya tidak mampu berkata apa-apa kecuali mengangguk dan terus mengangguk.

Mengangguk setuju dan mengangguk kecewa.

Hari ini Buletin Utama membangkitkan isu kegagalan sistem pendidikan kita berfungsi melahirkan modal insan, sebagaimana yang diharapkan oleh negara.

Pelajar hari ini berpelajaran tetapi tidak berpendidikan.

Apa maknanya itu? Biar pun saya sedikit kebingungan dengan penjelasan Professor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz tentang beza berpelajaran dan berpendidikan, tetapi mesejnya jelas. Kita mengukur kecemerlangan dari jumlah A yang terkumpul, hingga ada sekolah yang menyekat pelajar dari mengambil mata pelajaran tertentu di dalam peperiksaan SPM, demi untuk tidak menjejaskan rekod cemerlang sekolah!



S. Subashini,12, a student of Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Simpah died in hospital, a day after she was found hanging from the ceiling of her room. [The New Straits Times Online]

Lupakah kita kepada berita terburuk sepanjang 2007 apabila S. Subashini, 12, dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sempah ditemui mati, membunuh diri kerana gagal mendapat A dalam kesemua peperiksaan UPSR yang lalu.

Sejauh mana isu ini diperbahaskan?

Sejauh mana kematian S. Subashini dibedah siasat puncanya? Atau ia hanya sekadar satu isu yang datang dan pergi? Tidakkah gila masyarakat kita hari ini, boleh melupakan kematian seorang anak muda seusia 12 tahun yang mati kerana kurang cemerlang dalam UPSR?

Sesungguhnya berita itu benar-benar menjadikan saya kecewa dan hampir putus harapan terhadap masa depan negara ini. Lebih-lebih lagi dengan komen simplistik semua pihak yang ditemui oleh pihak media. Sedangkan kes adik S. Subashini sepatutnya menggegarkan seluruh sistem pelajaran Malaysia, izinkan saya menggunakan perkataan rasmi ‘pelajaran’ biar pun jiwa ini lebih mencari nilai sebuah ‘pendidikan’.

“Modal insan bukan bertujuan untuk melahirkan pekerja semata-mata. Kita sepatutnya berusaha memastikan adanya generasi muda yang boleh berfikir dan mencipta idea. Itu tujuan terpenting bagi mana-mana sistem pendidikan bagi sebuah negara”, komen Profesor Khoo Kay Kim lagi.

Dan saya terus kecewa dan berduka di depan televisyen.

Siapakah yang peduli kepada saranan beliau?

Siapakah yang mahu bersungguh-sungguh berfikir tentang hal ini?

HARAPAN DARI SEBUAH PENDIDIKAN

Saya teringat kembali kepada presentation saya semasa menjadi panelis bagi Seminar Ibn Khaldun II yang diadakan bulan lalu di Institut Integriti Malaysia. Saya memberikan penekanan kepada aspek pendidikan dalam menjawab soalan “Islam: A Blessing to Malaysians?”



“Biar pun saudara Wan Saiful Wan Jan mempersoalkan kelebihan yang dinikmati oleh orang Islam dalam mata pelajaran Pendidikan Agama Islam, sedangkan pembayar cukai Malaysia lain yang Hindu, Kristian dan Buddha dirangkumkan dalam satu kategori dan diberikan pendidikan MORAL, saya tidak dapat melihat ia sebagai suatu kelebihan bagi umat Islam di Malaysia. Bahkan mungkin mata pelajaran itulah punca kepada masalah mengapa kita sulit untuk menjawab ISLAM: A BLESSING TO MALAYSIANS?”, saya memulakan ucapan.

Sejauh manakah pendidikan Islam di Malaysia berjaya melahirkan Muslim yang boleh menjustifikasikan Islam sebagai rahmat kepada seluruh rakyat Malaysia (boleh juga dibaca sebagai wa maa arsalnaaka illaa rahmatan lil ‘aalameen)?

Saya lontarkan isu ini kerana saya tidak melihat kecenderungan masyarakat kita untuk meletakkan pendidikan sebagai suatu keutamaan dalam menggarap masalah-masalah yang wujud di negara kita. Semuanya mahu diselesaikan dengan politik, ketika politik kita gersang dari integriti dan kejujuran. Masakan tidak, jika dulu parti politik banyak digerakkan oleh guru selaku pendidik, tetapi kini trend berubah kepada kemenangan politik bagi yang punya wang dan sokongan mereka yang punya wang. Itu sahaja sudah cukup untuk menjelaskan warna politik negara kita.

Apabila saya sebutkan pendidikan, saya maksudkan ia sebagai pendidikan formal dan tidak formal. Malah saya lebih menjurus kepada mengharapkan agar kita kembali kepada fungsi pendidikan tidak formal yang menjadi tanggungjawab setiap individu. Ibu bapa ada tanggungjawab pendidikan kepada anak-anak, imam dan paderi ada tanggungjawab mendidik pengikut masing-masing, dan seterusnya mereka yang mempunyai minda kritis mempunyai tanggungjawab untuk membawa pemikiran mereka kepada masyarakat melalui seminar, dialog, perbincangan yang merupakan sebahagian daripada maksud pendidikan.

Tetapi kita tidak minat dengan semua itu.

MEMPOLITIKKAN SEGALANYA

Kita lebih cenderung untuk mensensasikan apa sahaja yang boleh melakukan surat khabar.

Asalkan ada sahaja isu yang muncul, semuanya mahu ditangani dengan kuasa, dengan politik dan kemudian semuanya berakhir sebagai berita sensasi dan tidak ada apa-apa yang dapat diketengahkan sebagai bahan untuk mendidik masyarakat.


Antara buku yang diharamkan di Malaysia, biar pun ia telah banyak membetulkan salah faham masyarakat antarabangsa tentang Muhammad SAW, malah ramai pula yang memeluk Islam kerananya

Ada buku yang pelik sedikit, haramkan!

Ada sahaja wacana yang lain dari definisi rasmi, ban!

Timbul isu penggunakan kalimah Allah dalam literasi Kristian, sekat, haramkan, saman… segala-galanya disensasikan dan berakhir dengan sentimen yang tidak punya apa-apa nilai pendidikan.

Malah kadang-kadang kita begitu gelojoh mahukan hasil tanpa mahu melalui prosesnya. Saya meragui rasionalnya permintaan Luthfi Assyaukanie dari Jaringan Islam Liberal yang mahukan dialog dihentikan, sebaliknya terus sahaja kepada menghasilkan polisi kebebasan beragama kerana baginya, dialog itu membuang masa.

Saya 50-50 dalam mengiya dan menidakkannya.

Dialog membuang masa, jika kita sensasikan apa sahaja yang ingin dibicarakan. Kita berdialog bukan untuk mendidik dan tanpa ketulusan motif. Kita pilih tajuk-tajuk yang mencetus emosi masyarakat dan kemudian kita memuncung bibir apabila dialog gagal menghasilkan apa-apa.

DIALOG POLISI

Tetapi semasa Seminar Ibn Khaldun II berlangsung, saya cuba meminjam pengalaman ketika mengendalikan dialog antara agama ketika saya bertugas sebagai Minister of Religion di Belfast Islamic Centre, Ireland Utara. Dialog itu bukan dialog teologi tetapi ia adalah dialog polisi. Kita bukan berhasrat mahu mengheret agama bertanding di medan dialog tentang siapa benar dan siapa batil, tetapi mengajak pandangan agama dikongsi bersama untuk mencari formula penyelesaian kepada isu Euthanasia. Memanfaatkan agama untuk menghasilkan polisi yang boleh disepakati bersama.

Tiada siapa yang membawa superiority attitude dalam dialog berkenaan.

Wakil Protestan dan Katholik memberikan pandangan berdasarkan kepercayaan masing-masing, dan saya memberikan pandangan berdasarkan prinsip-prinsip Islam. Hasilnya kami dapat mengutip beberapa pandangan bernas dari kesemua wakil untuk diajukan kepada National Health Service (NHS) sebagai polisi kesihatan dalam kes Euthanasia.

Ia suatu pengalaman berharga.

Pengalaman yang memberikan keyakinan kepada saya bahawa seteruk mana sekali pun polemik politik, ekonomi dan sosial masyarakat, sinar harapan tetap ada di dalam pendidikan.

Semua pihak harus kembali kepada tugas yang lahir bersama tujuan hidup kita… mendidik yang makruf dan menegah yang keji. Jalannya adalah pada mendidik masyarakat.

Tetapi apabila pendidikan diinstitusikan secara membuta tuli, ramai yang melihat pendidikan sebagai tugas guru dan sekolah, manakala sekolah pula menunding jari bahawa ibu bapa adalah guru pertama buat anak-anak mereka. Segalanya berakhir dengan tiada siapa yang memberikan sepenuh hatinya kepada komitmen mendidik.

Semakin bertambah ilmu dan maklumat masyarakat, tindak tanduknya semakin dungu dan tidak masuk akal.

SERANGAN SOCRATES

Inilah yang menjadi kritikan Socrates terhadap golongan Sophists dan relativism mereka dalam menangani pendidikan.


Golongan Sophists ini hanya sibuk mengajar kemahiran dan skil kerja kepada anak-anak Athens tetapi mereka mengabaikan soal yang lebih penting.

“Apakah tujuan hidup ini?”

“Apakah nilai yang sepatutnya dipegang oleh seorang manusia dalam hidup ini?”

“Bagaimanakah seorang manusia itu boleh menyempurnakan karaktor dan personalitinya?”

Persoalan sebegini terabai tanpa perhatian. Semuanya ke arah melahirkan ‘pekerja’, melahirkan ‘ahli politik’ yang licik dan bijaksana.

Sedangkan Socrates berjuang bermati-matian untuk memberitahu masyarakat Athens bahawa matlamat pendidikan adalah untuk menyempurnakan watak seorang manusia, memulihkan akal agar terguna secara bijaksana dan melatih murid-murid agar berdialektik dan tidak kekok mengemukakan soalan dalam mencari kefahaman.

Tetapi seruan Socrates tidak diendahkan.

Akhirnya pada usia 70 tahun, Socrates telah dikenakan tuduhan merosakkan pemikiran anak-anak muda di Athens, bahkan mengimani Tuhan lain yang bukan Tuhan rasmi masyarakat arus perdana.

Tidakkah itu sejarah yang berulang?

Bahawa masyarakat kita juga menuju ke arah yang sama.

Jika segala-galanya berorientasikan keuntungan semata-mata… tidak hairan ilmu agama menjadi beku tanpa makna, ilmu sains kemanusiaan terabai tanpa perhatian… kerana yang diutamakan hanyalah untuk melahirkan ‘pekerja’, dan ahli politik yang licik dan bijaksana… bukan pemikir yang sering dituduh sebagai peracun minda.

SAYA HIDUP UNTUK MENDIDIK

Biar pun profesyen saya bukan sebagai seorang guru, tetapi sebahagian maksud hidup saya adalah untuk membentuk dan mendidik manusia… biar pun terpaksa ‘meracun’ minda mereka.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
6 Januari 2008

http://saifulislam.com/?p=1232#more-1232

Makanan halal pilihan mukmin

Oleh Ahmad Baei Jaafar

Orang Melayu sangat sensitif dengan makanan haram walaupun perkara haram yang lain masih gemar dilakukannya. Mungkin anda pernah makan di restoran atau gerai di medan selera, yang masing-masing duduk di meja pilihan sendiri. Cuba anda pastikan, berapa orang dalam kalangan pelanggan di situ yang bangun dan keluar tanpa membayar.

Lazimnya pelanggan tersebut akan bangun dan pergi ke kaunter pembayaran atau memanggil pelayan untuk mengira kadar yang perlu dibayar. Malah saya pasti, tidak seorang pun yang akan cuba menipu juru jual itu dengan memberi fakta yang kurang tepat. Padahal dalam keadaan pelanggan yang ramai itu, juru jual itu mungkin tidak dapat memastikan kejujuran pelanggan.

Demikian kebanyakan pelanggan yang boleh dikesan dalam sehari. Namun tidak dinafikan ada yang berniat jahat untuk tidak mahu membayarnya. Mereka ini bukan sahaja tidak sensitif dengan makanan haram tetapi sudah biasa dengan amalan itu lantaran tiada iman di dada.

Walau bagaimanapun dalam soal memilih makanan halal, sebahagian kita tidak sensitif dalam memilih kedai makan. Ramai yang secara lebih kurang memilih gerai termasuk gerai yang terdedah di tepi jalan. Ada juga yang mahu ke medan selera yang kelihatan paling ramai pelanggan kerana beranggapan gerai itu lebih sedap atau harganya agak murah.

Selain itu, terdapat satu golongan lagi yang suka memilih restoran yang ekskulusif pernampilannya dan bertanda halal. Golongan ini tidak memilih siapa tuan punya restoran itu asalkan bertanda halal. Malah kadang-kadang lebih memilih restoran yang kelihatan cantik dan bersih walaupun pemiliknya bukan orang Islam.

Sememangnya makanan halal di negara kita ditentukan dengan teliti dengan syarat yang ketat. Halalnya bukan saja di sudut bahannya tetapi juga prosesnya. Kerajaan memberi amanah kepada syarikat Halal Industry Development Corporation Sdn Bhd (HDC) untuk melakukan kerja-kerja itu. Namun supaya peranannya dilihat adil, kelulusan halal turut diberikan kepada pengusaha bukan Islam selagi mereka mengikut peraturan yang ditetapkan.

HDC tidak boleh membuka peluang kepada orang Islam sahaja, apatah lagi kalau orang Islam sendiri tidak dapat memenuhi syarat yang ditetapkan. HDC juga tidak boleh menghalang orang bukan Islam untuk mendapatkan sijil halal jika mereka mampu menyediakan keperluan dan memenuhi syarat yang ditetapkan itu.

Walau bagaimanapun sebagai umat Islam, kita perlu merenung dua persoalan berikut; mengapa pengusaha orang Islam tidak berusaha mendapatkan sijil halal; mengapa pula orang Islam sanggup ke restoran bukan Islam sedangkan restoran orang Islam masih ada meja dan kerusi yang kosong? Kita tidak bercakap soal Melayu tetapi Islam.

Suka dijelaskan di sini, pengusaha Islam yang kebanyakannya orang Melayu hari ini gagal memenuhi syarat kehalalan walapun mereka orang Islam. Dapurnya tidak bersih, peralatan tidak jaga kebersihannya, bahannya kurang bermutu selain kewangan yang tidak mampu disediakan oleh mereka. Mengapa semua itu tidak boleh disediakan?

Orang Islam kebanyakannya mudah perasan bahawa dengan mereka beragama Islam, segala makanan yang disediakan mereka sudah pasti halal. Atas dasar itu mereka tiada tekanan untuk mengambil sijil halal. Pada mereka ada sijil atau tidak sama sahaja, orang tetap akan datang.

Sebenarnya orang Islam di negara ini masih belum sedar dari tidur yang panjang. Mereka masih dibuai mimpi yang indah. Padahal kehidupan mereka tidak mengikut peraturan Islam. Budaya kebersihan, budaya sosial yang sihat, budaya mentaati perintah Allah dan menghormati jiran tidak lagi diamalkan dengan sempurna.

Jika budaya ini tidak ada, bagaimana mereka boleh mendapat sijil halal. Kalau sekadar berlakon seketika untuk mendapatkan sijil, tetapi selepas itu semua peraturan dilanggar, masakan mereka boleh diberi kepercaan untuk mendapat sijil halal. Inilah cabaran yang perlu disedari oleh pengusaha Islam, mereka perlu sedar dan bertindak segera.

Dalam hal ini, sebagai umat Islam kita boleh pergi ke restoran bukan Islam atas dasar halal. Namun pada sudut lain, mereka juga harus sedar bahawa dengan melanggan di restoran tersebut kita telah membantu menyuburkan ekonomi mereka. Mengapa kita tidak berkunjung sahaja ke restoran umat Islam yang masih kelihatan kerusinya kosong? Tidak ada tanda halal?

Walaupun tidak ada sijil halal, tidak semestinya tidak halal. Kita boleh menilai sendiri kehalalan restoran tersebut. Lihatlah dapurnya, peralatannya, pekerjanya, dan bahannya. Kalau semuanya bersih dan meyakinkan, mintalah makanan berdasarkan halal pada pandangan anda sendiri.

Bagaimanapun jika restoran tersebut tidak bersih dan peralatannya tidak meyakinkan, beredarlah dahulu sekali gus sebagai isyarat tentang protesnya. Kita boleh menegurnya secara baik selain tidak melanggan dengannya. Inilah cara yang sewajarnya dilakukan untuk menyedarkan mereka daripada terus tidur.

Selasa, 26 Mei 2009

HADIS PILIHAN

Hadis dari Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Di antara tanda-tanda hampir Kiamat ialah terhapusnya ilmu Islam, munculnya kejahilan, ramainya peminum arak dan perzinaan dilakukan secara terang-terangan.

Hakikatnya manusia pada hari ini tidak lagi mencintai ilmu Islam. Mereka sangat malas untuk mempelajari dan mendalaminya. Setengah pihak menghalang orang lain dari mempelajarinya. Mesjid dan surau dirampas untuk memastikan agenda mereka berhasil. Kerja-kerja ini menyebabkan terhapusnya ilmu-ilmu Islam dan munculnya kejahilan seperti hadits diatas.Kesan dari itu amalan Islam hilang dalam masyarakat tersebut. Maka berlakulah zina secara tetrang dan banyaknya peminum arak. Paling ditakuti kejahilan ini menyebabkan mereka memilih pemimpin yang jahil juga.

Hadis Abdullah bin Amru bin Al-As r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t tidak mengambil ilmu Islam itu dengan cara mencabutnya dari manusia. Sebaliknya Allah s.w.t mengambilnya dengan mengambil para ulama sehingga tidak tertinggal walaupun seorang. Manusia melantik orang jahil menjadi pemimpin, menyebabkan apabila mereka ditanya mereka memberi fatwa tanpa berdasarkan kepada ilmu pengetahuan. Akhirnya mereka sesat dan menyesatkan orang lain pula .

7 perkara yang menghairankan Usman bin Affan.

1. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.
2. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.
3. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.
4. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.
5. Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.
6. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.
7. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.
(Usman Ibn Affan )

Sabar

Sabar ialah satu sifat yang dipuji oleh Allah SWT. Sabar ialah menahan diri daripada menderita akibat sesuatu musibah. Sabar memerlukan kekuatan yang didorongi oleh agama.

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu?”(Al-Baqarah 214)

Firman Allah ini harus dijadikan pedoman. Setiap insan akan diuji tahap kesabarannya mengikut status keimanannya. Adakala, sesuatu ujian itu ringan dan adakalanya berat. Orang yang tahap imannya tinggi lebih besar tahap kesabarannya akan diuji.

Lantaran itu, apabila seseorang itu ditimpa musibah maka dia perlu bersabar, kerana dia sedang diuji.
Maka, jika seseorang itu mengeluh yang demikian menonjolkan atas keburukkan diri sendiri kerana budi pekerti yang terpuji ialah sanggup menderita daripada senang.Mungkin ada juga yang tidak pernah menghadapi musibah, yang demikian tidak akan mengenali dirinya sendiri.

Kesenangan juga merupakan ujian. Apabila hidup senang, kita diuji dengan keinginan harta benda, pangkat, kewajipan dan tugasan. Lantaran jika seseorang itu tidak dapat memelihara diri daripada ujian ini, maka menampakkan dirinya dengan kerakusan, kegelisahan, ketamakan dan lebih jauh dari itu ialah tidak bersyukur.Kita patut bersyukur walaupun kita ditimpa kesusahan. Kerana apabila kita bersyukur kita sabar dan reda dengan seadanya. Dan Allah senantiasa bersama dengan orang yang banyak bersabar.

Allah SWT berfirman,

“Sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.”(An Anfal 46)

Pada hakikatnya, kesemua ini tetap bertunjangkan kepada sifat kesabaran yang tersimpul bersama-sama dengan sifat kesyukuran dan kepasrahan di dalam diri kita. Kesemuanya bergerak serentak dan seimbang.

Semoga kita semua diberi sifat kesabaran untuk menempuhi segala musibah dan rintangan. Sama ada di waktu susah mahupun di waktu senang. Kerana di situlah wujudnya kekuatan dalam iman dan jauhnya seseorang itu dari keluh-kesah yang menambah beratnya musibah.

Oleh Adam Yew Abdullah

Isnin, 25 Mei 2009

KERJA KOSONG

Kerja Kosong di Telok Panglima Garang

1. Toshiba Electronic (M) Sdn Bhd- Penjaga Mesin
- Kelulusan: Sijil
- Walk in interview: Selasa ~ Khamis, Petang

PROGRAM SMART SOLAT & MOTIVASI PELAJAR

Tarikh: 30hb Mei 2009, Sabtu
Masa: 8.30 pagi ~ 4.30 ptg
Tempat: Masjid Nurul Iman, Kg Bt 10 Kebun baru

Pelajar Darjah 6, Ting. 1, 2 & 3 dijemput hadir beramai-ramai.

Anjuran:-

1. JKKK Kg Bt 10 Kebun Baru
2. PIBG SRA Kebun Baru
3. AJK Masjid Nurul Iman

Dengan Kerjasama:-

IXC Training Consultancy

Selasa, 14 April 2009

Berpolitik tidak kena mengena dengan akhirat?

Soal jawab kolum Dr Haron Din

SOALAN: Ada pandangan mengatakan masalah berpolitik dalam mana-mana pertubuhan politik adalah masalah duniawi dan tidak ada kena mengena dengan akhirat. Perkara dunia habis di dunia, itulah realitinya. Oleh kerana itu tidak timbul soal parti politik mana harus diikut, mana yang harus ditolak, semuanya sama, apa pandangan Dato? - MOHD MUNIR, menerusi e-mel


JAWAPAN: Tidak. Sama sekali tidak begitu. Islam adalah panduan hidup. Islam adalah cara hidup. Islam yang sebenar adalah yang tidak memisahkan di antara urusan dunia dan urusan akhirat. Kedua-duanya berjalan serentak. Ianya bergandingan antara satu sama lain. Dunia adalah jambatan ke akhirat, apa yang anda lakukan di dunia ini, akan diambil kira di akhirat. Itulah yang disebut dalam firman Allah (mafhumnya): "Maka sesiapa berbuat kebajikan meskipun seberat zarrah, nescaya akan diberi balasan di akhirat. Dan sesiapa yang berbuat kejahatan, meskipun seberat timbangan zarrah, akan diberi balasan di akhirat." (Surah al-Zalzalah, ayat 7-8)

Ayat ini mengisyaratkan bahawa kerja-kerja manusia di dunia ini hanya ada dua jenis sahaja. Sama ada kerja baik atau kerja jahat. Kerja politik pun demikian juga. Ada politik baik dan ada politik jahat. Kerja politik adalah kerja besar dan berat. Guna dan kesannya juga amat besar.
Ada orang yang seluruh hidupnya dihabiskan dalam berpolitik, siang dan malam berpolitik. Maka rugilah dia jika Allah tidak mengambil kira perjuangan dan pengorbanannya itu, jika ia melakukan politik yang baik. Dan, tidak adillah kepada Allah SWT jika dibiarkan orang yang melakukan politik jahat itu terus bermaharaja lela dan tidak dibalas di akhirat. Kuasa politik adalah kuasa yang menentukan hala tuju negara. Rakyat akan terbawa ke dalam penghidupan yang diwarnakan orang politik yang diberi kuasa oleh rakyat. Jika politik yang mementingkan parti dan kroni, maka untunglah yang mendapat habuan, manakala yang lain-lain akan menderita.

Jika politik yang jujur serta ikhlas, berjuang untuk mengajak manusia memartabat dan melaksanakan hukum Allah, melaksanakan perintah Allah sesuai dengan tanggungjawab manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi, maka akan untunglah insan yang akan mendapat ganjaran di akhirat. Sekiranya politik itu zalim, yang berkuasa menindas rakyat dan mementing diri sendiri serta sanggup melakukan kezaliman, penindasan dan sebagainya, maka tentulah ada pembalasan di akhirat, atas perbuatan yang melanggar tatasusila dan undang-undang kemanusiaan yang wajib dipelihara. Meskipun sudah ada penjelasan dalam media massa tentang Islam itu sebagai suatu cara hidup yang lengkap dan tidak berpisah antara urusan dunia dan akhirat, tiada pemisahan itu dalam Islam, namun kekeliruan masih ketara.

Saya cadangkan bagi mereka yang meragui tentang hakikat ini, merenung kembali kepada ikrar dalam solat kita hari-hari yang dibaca dalam doa iftitah (mafhumnya): "Sesungguhnya solatku, ibadatku, cara hidupku dan matiku, semuanya dilakukan untuk Allah, Tuhan sekelian alam."
Setiap kali solat kita membuat pengakuan mutlak bahawa seluruh hidup kita semuanya kerana Allah, tidak ada yang lain hanya semata-mata kerana Allah. Berpolitiklah untuk Allah, bukan kerana dunia. Meskipun urusan di dunia, tetapi hendaklah kerana Allah. Berpolitik melalui jalan yang diredai Allah.

Jika anda terbabit dengan politik yang menentang hukum Allah atau politik yang hendak dicapai itu bukan untuk memartabatkan agama Allah, maka ianya berlawanan dengan sifat manusia yang dijadikan sebagai khalifah Allah. Oleh yang demikian, anda akan mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang anda lakukan. Penderhakaan terhadap Allah adalah suatu jenayah agama yang amat besar. Allah mengingatkan kita dengan perintah-Nya seperti firman-Nya (mafhumnya): "...Dan sesiapa yang menderhakai Allah, maka sesungguhnya dia berada dalam kesesatan yang amat nyata." (Surah al-Ahzab, ayat 36)

Jika sudah sesat maka Allah menyatakan lagi (mafhumnya): "...Dan sesiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya disediakan di akhirat kelak neraka jahanam yang kekal mereka di dalamnya buat selama-lamanya." (Surah al-Jin, ayat 23)

Oleh kerana itu, berpolitiklah dengan politik yang betul, bukan main tangkap muat atau terikut-ikut atau terpengaruh dengan pujukan ahli-ahli politik yang tidak berpendirian. Anda ada panduan yang boleh menentukan sendiri politik yang sebenar, mana yang memberi keuntungan dunia dan di akhirat, atau pun sekurang-kurangnya anda akan memperolehi keuntungan di akhirat jika anda berpolitik untuk memartabatkan Islam sebagai agama yang suci murni. Wallahu a'lam. - lanh _

Suami yang layak ditaati isteri


Ada orang bertanya, mengapa Rasulullah tidak menyatakan secara jelas ciri-ciri lelaki yang seharusnya dipilih oleh bakal isteri. Hadis secara jelas hanya menyebut ciri-ciri wanita yang lazimnya dicari oleh lelaki iaitu yang beragama selain tiga lagi jika perlu. Kalau lelaki diberi panduan untuk memilih wanita yang baik, mengapa tidak ada panduan untuk wanita bagi mencari suami. Kata mereka, kalau ada panduan sudah pasti isteri tidak tersalah memilih suami pada masa hadapan.

Memang secara jelasnya Rasulullah tidak sebut kerana lazimnya lelaki sahaja yang mencari wanita. Tetapi sebenar kalau wanita benar-benar hendak mencari bakal suami, mereka boleh ikut sepertimana Khadijah memilih suaminya, Rasulullah. Pada peringkat awalnya Khadijah menghantar perisik untuk melihat peribadinya secara lebih dekat. Perisik yang adil sudah pasti akan membuat laporan yang betul mengenai apa yang dirisikkan itu. Hasilnya dia berjaya berkahwin Muhammad dan ternyata pilihan itu terbaik.

Antara ciri-ciri yang dapat dikesan pada diri Muhammad pada waktu itu ialah:

1. Jujur lalu tidak mengambil kesempatan
2. Amanah dengan tugas
3. Pemalu dengan wanita
4. Beragama lalu takut kepada Allah
5. Boleh menjadi pemimpin.

Percayalah jika suami mempunyai ciri-ciri ini, pasti disenangi oleh isteri, malah saling hormat menghormati sampai bila-bila masa sekalipun pada usia tua. Suami dalam keadaan itu tidak akan melakukan dosa baik sesama manusia apatah lagi dengan Allah SWT. Walau bagaimanapun, suami yang mempunyai ciri di atas perlu juga mencari wanita yang beragama bagi membentuk rumah tangga yang damai bahagia. Gabungan inilah yang dikatakan serasi ataupun kufu.

Persoalan sekarang, wujudkah lelaki yang memiliki ciri-ciri di atas pada zaman ini? Bolehkah ditemui lelaki sebegini di tepi jalan, di kebun bunga, di pasar dan seumpamanya? Hanya wanita yang agamanya kurang akan bertemu jodoh di tempat-tempat berkenaan dan yang pastinya lelaki itu juga tidak menepati ciri-ciri di atas.Inilah realiti yang berlaku pada hari ini, pasangan yang berkahwin dalam keadaan itu, bahagianya pada awalnya sahaja tetapi bermasalah pada pertengahan jalan. Malah beberapa kes yang ditemui, pasangan itu tidak pandai atau tidak mahu melakukan solat.

Jelas di sini, selain lelaki yang perlu mencari isteri yang beragama dan beriman selain kecantikan, berharta dan berketurunan baik, wanita juga perlu pandai memilih bakal suami berdasarkan ciri-ciri di atas. Untuk itu, pihak wanita juga perlu ada kumpulan perisik seperti yang dilakukan oleh Khadijah.
Apabila suami isteri sudah mengikut ciri-ciri di atas mereka perlu mengekalkan kedudukan itu sehingga ke akhir hayat. Selain itu suami isteri boleh mengekalkan kebahagiaan yang dicapai dengan berpandukan hadis berikut:

Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila ia melihatnya, yang taat kepadanya apabila dia menyuruhnya dan ia tidak menyalahi suaminya dengan sesuatu yang tidak menyukakannya pada dirinya dan hartanya” (Hadis Riwayat Muslim).

Isteri yang baik menurut hadis di atas ialah dia mesti bersedia mempamerkan persembahan yang terbaik untuk suaminya sewaktu di dalam rumah. Maksudnya, apabila suami pulang rumah disambut oleh isteri dengan senyum mesra. Dia menyediakan air minuman kerana kemungkinan suami dahaga. Suami dalam keadaan itu akan senang hati walaupun mungkin terdapat masalah yang dihadapi sebelumnya. Masalah berat yang ditanggungnya dapat hilang apabila dilayan sedemikian rupa.Selain itu isteri terus memberi ketaatan kepada suami dalam semua keadaan terutama apabila diminta oleh suami. Isteri itu juga tidak akan membantah kehendak suami selagi perkara yang disuruh itu tidak melanggar syariat.

Sungguhpun begitu, perkara yang penting dalam hal ini ialah isteri tidak membuatkan sesuatu yang tidak disukai oleh suami. Jadi, semua yang hendak dilakukan isteri, dia akan meminta restu dan pandangan suaminya terlebih dahulu.Tiga perkara asas ini perlu dijaga oleh isteri dalam berhadapan dengan suami sama ada suami yang memenuhi ciri-ciri di atas atau tidak. Mungkin tidak timbul masalah bila berhadapan dengan suami yang baik, tetapi menjadi cabaran besar bila berhadapan dengan suami sebaliknya. Namun jika isteri dapat mendisiplinkan suaminya, itulah kejayaan yang besar buatnya.Sebagai contoh, suami melarang isterinya solat atau menutup aurat, dia boleh membantah dengan cara baik. Dia tetap solat dan tetap menutup aurat dengan alasan perintah Allah. Lambat laun suami itu akan faham dan dia juga akan turut melakukan solat secara istiqamah selepas itu.

Jadi, bagi mereka yang baru berkahwin dicadangkan supaya mereka saling menyenaraikan apa yang disukai oleh suami dan isteri, juga apa yang tidak disukai kedua-duanya. Dengan cari ini mereka akan berhati-hati supaya tidak melakukan perkara yang tidak disukai pasangannya

Oleh Ahmad Baei Jaafar

Khamis, 2 April 2009

AIR UNTUK RAKYAT

KENYATAAN AKHBAR
31 Mac 2009
SELANGOR SEDIA LAWAN KENAIKAN TARIF

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor kesal terhadap keputusan Kerajaan Persekutuan yang membenarkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) untuk terus beroperasi sebagai konsesi dan yang secara langsung menyetujui permintaan Syabas hendak menaikkan tarif air.
Keputusan tersebut bukan sahaja mendatangkan kesan terhadap pentadbiran negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, sebaliknya terhadap pembayar cukai seluruhnya.
Malahan, Kerajaan Selangor berpendapat Syabas tidak layak diberikan lesen kerana ia gagal memperlihatkan prestasi yang memberangsangkan sebagaimana dikehendaki oleh Akta Perkhidmatan Industri Air 2006.
Sehingga kini, perkhidmatan Syabas yang tertakluk pada Perjanjian Konsesi (Concession Agreement - CA) dilihat sangat tidak memuaskan dan gagal mencapai tanda aras atau parameter yang ditetapkan CA.
Tambahan pula Syabas didapati melanggar syarat-syarat dalam CA. Perkara ini sudahpun dibawa ke pengetahuan Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi, di samping permohonan kita untuk membatalkan Perjanjian Konsesi (CA) dengan Syabas.
Walau bagaimanapun, Menteri berkenaan MASIH eggan mengambil tindakan terhadap Syabas, sebaliknya telah menyatakan hasrat untuk memberikan lesen kepada Syabas untuk meneruskan operasinya dengan alasan hak tersebut di luar kuasa Kerajaan Selangor.
Keputusan ini bukan sahaja bertentangan dengan hasrat Kerajaan Persekutuan untuk menyusun semula perkhidmatan air di Malaysia tetapi juga menjejaskan kepentingan pengguna seluruhnya.
Sebenarnya keputusan untuk menaikkan tarif air tidak dapat dipertahankan. Kerajaan Negeri Selangor percaya beberapa prasyarat bagi kenaikan tarif yang ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi belum mampu dipenuhi oleh Syabas. Paling mendukacitakan, beberapa kepincangan ditemui semasa audit dilakukan, dan hal ini menguatkan lagi alasan betapa tidak layaknya Syabas memikul tanggungjawab meneruskan operasi air.
Justeru itu, berdasarkan pendirian keras yang diperlihatkan oleh Kerajaan Persekutuan dan kesan buruk yang bakal menyusul daripada tindakan tersebut, terutamanya terhadap kepentingan awam, maka Kerajaan Negeri Selangor tiada pilihan lain, sebaliknya mengambil tindakan undang-undang untuk mencari jalan penyelesaian.
Kerajaan Pakatan Rakyat berharap rakyat akan terus memberi sokongan padu kepada Kerajaan Negeri dalam penstrukturan semula perkhidmatan air diSelangor. Untuk memahami isu-isu terbabit dalam pengurusan air di Selangor, orang ramai bolehlah melayari laman web rasmi berhubung isu ini di www.airuntukrakyat.com.
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR

Selasa, 24 Mac 2009

SPM & STPM 2008

JKKK Kg Bt 10 Kebun Baru mengucapkan tahniah atas kejayaan warga Kg Batu 10 Kebun baru khususnya yang memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM dan STPM 2008. Sesungguhnya kejayaan anda akan menjadi titik mula untuk terus berjaya dalam pelajaran dan seterusnya dalam hidup anda. Kami amat berbangga atas kejayaan yang anda peroleh semoga akan menjadi inspirasi kepada adik-adik yang lain untuk mencapai kejayaan seperti anda. Kini ramai anak-anak warga kampung yang berada di institusi pendidikan tinggi sama ada di dalam mahupun luar negara. Kepada warga kampung yang telah berjaya dalam apa juga kerjaya semoga dapat bersama-sama kami membantu memajukan kampung kita khususnya dalam membina modal insan. Kami berharap perbezaan pegangan politik sekiranya ada tidak menjadi penghalang ke arah pembangunan modal insan warga kampung melalui pelbagai bentuk dan cara. Sementelahan JKKK bukanlah satu organisasi politik untuk dipolitikkan.

Kepada anak-anak warga kampung yang kurang cemerlang keputusan SPM dan STPM mereka janganlah putus asa. Sesungguhnya kejayaan tidak semestinya datang dalam sekali cubaan. Malah ramai yang berjaya setelah belajar daripada kegagalan. Seorang profesor universiti yang mendapat anugerah sempena maulidur rasul yang lalu misalnya, berjaya setelah mengambil SPM sebanyak 6 kali. Kisah ini boleh kita jadikan iktibar paling baik seandainya kita berhasrat untuk berjaya dalam pendidikan.

Biro Pendidikan & Teknologi maklumat
JKKK Kg Batu 10 kebun baru

Khamis, 26 Februari 2009

Program Hari Kesihatan akan diadakan pada ketentuan berikut:-

Tarikh: 7hb Mac 2009, Sabtu
Masa: 8.30 pagi sehingga 2.30 petang
Tempat: Perkarangan Balai Raya Kg Bt 10 Kebun Baru

Acara:


1. Pelancaran program sukarelawan COMBI MPP Zon 3 oleh YB Dr. Hj Ahmad Yunus, ADUN Sijangkang.

2. Pameran Kesihatan

3. Kaunseling Kesihatan untuk berhenti merokok, menjaga kesihatan dan lain-lain lagi

4. Pemeriksaan Tekanan darah tinggi, diabetis, kolestrol dan lain-lain lagi

5. Ceramah kesihatan untuk pemakanan sihat

WARGA KAMPUNG BT 10 KEBUN BARU & PENDUDUK TAMAN, SILA DATANG BERAMAI-RAMAI!

Selasa, 24 Februari 2009

JKKK Batu 10 Kebun Baru

Salam perkenalan..

Senarai Ahli JKKK Batu 10 Kebun Baru




Ketua Kampung/ Pengerusi JKKK: Tn. Hj. Subehi B. Mujer, 019-6197542, 03-31222264

Setiausaha: En. Ahmad Radzali B. Sarman, 019-2461206
S/u Kerja: En. Saiful Izam B. Miswan, 019-3484841

Bendahari: Tn. Hj. Mohd Ishak B. Abu Bakar, 013-3405024

Ketua Biro Agama & Pembangunan Insan: Ust. Hj. Samingan B. Marsan, 03-31228477

Ketua Biro Pendidikan & Teknologi Maklumat: En. Azalan B. Ahmad, 019-2137703

Ketua Biro Pembangunan: Tn. Hj. Misnan B. Badar, 019-2173136, 03-31221769

Ketua Biro Ekonomi: En. Sallehan B. Mat Som, 019-5143540

Timb. Ketua Biro Ekonomi: Tn. Hj Yusof B. Kahat, 019-3259835

Ketua Biro Keselamatan: En. Suhaimi B. Mokhtar, 019-3609630

Timb. Ketua Biro Keselamatan: En. Ramlan B. Bohari, 03-31229015

Ketua Biro Kesihatan & Kecerian: Tn. Hj. Yusof B. Sadeli, 019-2606140


Ketua Biro Belia, Sukan & Keceriaan: En. Saful Izam B. Miswan, 019-3484841
Timb. Ketua: Pn. Zunalis Bt. Miswan, 016-3485370


Ketua Biro Wanita: Pn. Aliah Bt. Omar, 019-6468515
Timb. Ketua Biro Wanita: Pn. Suriya Bt. Supardi, 03-31226567





Isnin, 23 Februari 2009

Selamat Datang

Selamat Datang kepada semua!!!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP